KicauLebah

'apalah gunanya kematangan fikiran, bila di jiwa kita masih lagi muda'

Friday, April 06, 2007

MPP - Makin Porak Poranda

Dah lama memendam rasa; akhirnya ada juga yang berani bangun menyuarakan hal politik kampus ini. (http://www.riwayathayat.blogspot.com/)

Jika ditanya, mengapa tak turun mengundi? Inilah antara faktornya. Sudah jelas bukan? Lihatlah apa yang dah berlaku sekitar kampus kita. Mengimbas kembali sekitar pilihanraya kampus tahun lalu; calon yang terpilih masing-masing lantang menyuarakan manifesto mereka yang secara logiknya tidak masuk akal. Bercakap seperti seorang yang penuh berkaliber walhal tak semua yang tahu menahu ttg pengurusan. Bagi saya, jika hendak menjadi seorang yang disanjung, titik beratkanlah soal kebajikan, soal integrasi pelajar, pengurusan dsb. Sebaliknya apa yang dilihat, 'badut²' ini hanya mendeklamasikan 'sajak' mereka dengan janji-janji kosong semata-mata. Apa yang dirasakan sudah jelas terbukti. Apakah mereka ini syok sendiri? Sekadar mencari publisiti? atau benar² ingin memperjuangkan kehendak mahasiswa? Layakkah badan ini dinamakan 'perwakilan'? Lihatlah dari mata burung atau sekadar menjadi katak yang sentiasa menyorok di bawah tempurung.

Saya kritis, sudah ramai yang menyedari akan hakikat ini, tetapi apakah tindakan kita? Apakah kita hanya perlu berdiam atau sekadar cakap belakang? Bukan niat saya untuk mengaibkan, tetapi inilah hakikatnya.

Saya secara tersembunyi mengikuti pergerakan badan ini. Jelas, tidak ada apa-apa yang diperjuangkan. Baru-baru ini saya mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa badan ini akan terbang ke Borneo untuk mempromosikan kampus. Benar atau tidak, saya kurang pasti. Tetapi sekiranya ura-ura ini benar, apa yang terlintas di fikiran anda? Sudah pasti anda menyoalkan mengapa mereka bukan? Apakah layak untuk mereka mempromosikan kampus dengan lebih jauh sedangkan kebajikan mahasiswa di sini tidak terjaga? Apakah pemergian mereka ke sana adalah untuk percutian yang penuh keseronokan semata-mata? Darimanakah datangnya sumber wang untuk membawa mereka ini jauh ke sana? Apakah wang kebajikan yang dibayar sebanyak RM80 setiap semester setiap pelajar dijadikan sumber rezeki yang sudah berkumpul dalam perut mereka ini? Apakah relevannya mereka di bayar RM100 setiap bulan sebagai penghargaan mereka kepada kebajikan pelajar lain?

Sudah lama saya tidak melihat kelibat Timb Presiden (berkaliber, kacak dan berketrampilan) yang terpilih dan sememangnya saya benar-benar 'merindui' beliau. Menurut sumber yang tidak akan saya nyatakan, makhluk ini sudah 2 bulan lamanya tidak menghadirkan diri ke kuliah. Beliau dilaporkan terlibat sebagai balaci sebuah parti politik pemerintah dan hanya menjadikan MPP sebagai kuda tunggangan untuk mencapai cita-cita politik gila beliau. Apakah makhluk ini layak kita sanjungi? Mendengar penjelasan seorang rakannya, beliau mula goyang untuk berdepan bersama pelajar sejurus sahaja satu poster yang menuntut PTPTN ditampal di sekitar kampus yang mendesaknya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi saya, apakah yang perlu beliau takutkan? Mahasiswa sememangnya bergantung paut kepada seorang pemimpinnya sebagai seorang yang boleh mewakili suara mereka ke pihak atasan. Dan lihatlah apa yang berlaku. Kini beliau hanya menyorok ntah di mana? Jika takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan!

Bangunlah rakan² sekalian, kita tidak boleh hanya duduk mendiamkan diri lagi. Lakukanlah sesuatu. Saya berharap kepada anda yang menyedari ini agar menyebarkan ini kepada mahasiswa lain :)

Friday, March 30, 2007

Ide quarterly

Baru-baru ini, saya telah diperkenalkan dengan satu lagi majalah yang berbentuk journal- idequarterly; sebuah majalah pendapat dan perbincangan yang menyentuh soal sosial masyarakat, ekonomi, politik dan isu kebudayaan.

Majalah yang diterbitkan oleh Open Dialogue Centre ini merupakan satu himpunan idea pendapat, perbincangan yang dihasilkan dari kalangan penulis journal di akhbar, golongan pendidik intelektual, ahli falsafah dan masyarakat umum yang sememangnya peka terhadap isu semasa.

Majalah ini diterbitkan setiap 3 bulan sekali dimana membincangkan isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia, ekonomi,perhubungan antarabangsa dan banyak lagi.

Kepada sesiapa yang berminat, sila lawati www.odc.org.my untuk maklumat lanjut mengenai majalah journal ini.

Wednesday, March 28, 2007

Korupsi

Saya merasakan masih ramai di kalangan kita yang masih alpa dan tidak sedar akan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 adalah suatu drama yang telah dirancang. Ingin berkongsi di sini kerana saya baru sahaja selesai menonton sebuah dokumentari yang diolah Evan William, wartawan ABC News yang telah membongkar muslihat pihak kerajaan pada masa itu di sebalik isu pemecatan tersebut sehingga menjatuhkan reputasi seorang pemimpin yang diwar-warkan bakal mencetus renaissance rantau asia.


Pendapat saya, dunia ini penuh korupsi dan penipuan. Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sekitar 1998 itu, saya masih berada di bangku sekolah dan mentah- tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekeliling dan untuk mengetahui perkembangan di luar adalah satu yang amat sukar apabila berada di sebuah sekolah asrama penuh yang di kelilingi ladang kelapa sawit.


Terkesan saya setelah melihat dokumentari selama 1 jam ini dan menarik minat saya untuk berkongsi bersama rakan-rakan. Lihatlah bagaimana respond dan pengakuan yang dibuat oleh beberapa respondan utama yang secara langsung terlibat dalam isu ini. Apakah kita masih bebal untuk menganggap ini sebagai satu propaganda barat? Terserah kepada anda untuk menilainya. Sila klik sini untuk mengikuti dokumentari tersebut.

Saturday, February 24, 2007

Pelik dan Ajaib

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Aku dah agak.. Mesti tak terkecuali nye.. Aku telah di-tag oleh elza!
Berikut adalah beberapa kes 'pelik' yang dikesan:

1. Kalau makan burger, semua akan pandang kat aku dan buat muka pelik. Aku sendiri pun taktau kenape. Apakah aku seorang kiut?
(hehe... sebenarnye aku makan burger 'layer by layer' ;p)

2. Aku suka kutuk orang dan orang yang dikutuk termasuklah kawan aku.

3. Aku banyak makan, tapi badan aku tetap kerempeng. Bak kata kawan rapat aku, "kalau gajah kentut kat muke ko, mesti ko melayang........." (mulut kawan aku kebanyakannya memang takde insurans dan termasuklah yang sedang menaip ni)

4. Ada orang kata, aku ni hipokrit... MEMANG pon!

5. [ ]

6. [ ]
(no. 5 ngan 6 tu, korg isi je lah)

Dengan ini, aku meng'tag'kan orang seperti berikut:
1. fru <3 2. psyc 3. syahiza 4. adleen 5. adie 6. eliana
(mangsa keadaan aku adalah orang yang aktif berblog)

Wednesday, February 14, 2007

Terkejut


Malang! 14 Februari sudah menjadi hari yang malang bagi pasangan kekasih yang beragama Islam.

Valentine's Day: Hari yang menyegarkan kerinduan dan ingatan kepada orang tersayang

Hari ini malang kerana ia sentiasa diingati, dikenang sebagai hari kecelaruan berhujah. Beragama itu bermakna tidak perlu menggunakan akal atau menganalisa perkembangan sosial kontemporari.

Hari ini lebih lebih rela diingati sebagai 'Hari Orang Suci' di sisi umat Islam kerana ludah orang-orang suci ini diberikan perhatian ramai dan 'ramai' orang yang memperingati hari ini lebih yakin pada pendapat orang suci daripada akal mereka sendiri.

Alangkah terkejutnya apabila melihat satu 'flyer' di hadapan pintu kampus kediaman yang mengatakan bahawa menyambut Valentine's day adalah HARAM. Haha! Sudah ada orang-orang suci yang sudah melenting.


p/s: Yang peliknya, flyers tersebut juga dilekatkan di setiap pintu bilik kampus kediaman termasuk rakan-rakan yang bukan muslim.

Tq saudara najwan & fathi.